ARTIKEL

Pamem Tami, 65

Anak sulung dedah Ring Ladies Semban, Nyukan Yan pakar ilmu hutan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Pengalaman manis yang sememangnya terpahat di hati hingga akhir hayat bersama mendiang Nyukan Yan, 82, ialah beliau banyak mengajar tentang ilmu kehutanan dan cara kehidupan di hutan.

Mengimbau kembali kenangan bersama mendiang, anak sulungnya, Pamem Tami, 65, merasakan beliau antara tujuh adik-beradik yang selalu menemani mendiang ke hutan sepanjang hidupnya.

“Paling saya ingat, kami sama-sama ke kebun di hutan, mencari kayu, menanam padi.

“Masa dan ketika itu, paling menenangkan ketika kami saling berbual dan bergurau selepas letih mengerjakan hasil tanaman hutan,” katanya ketika ditemui pemberita di kediaman adiknya di Skim Penempatan Semula Bengoh (BRS) Kampung Semban, hari ini.

Menurut Pamem, mendiang bukan saja banyak mengajar tentang berbakti kepada tanaman, namun banyak mencurahkan ilmu kehutanan kepadanya, tentang bagaimana cara hidup di kawasan hutan belantara.

Katanya, biarpun sejak kecil mereka sekeluarga hidup secara bersederhana dengan bergantung kepada hasil hutan, namun beliau tidak pernah merasa sedikit pun kesusahan terutama dalam bab makanan kerana diajar bagaimana cara kehidupan sedemikian sejak kecil.

“Mendiang banyak bercerita tentang bagaimana mereka menjalani kehidupan pada zaman dahulu kala kepada saya.

“Pada masa itu katanya, mereka sangat susah, waktu kecil hanya biasa makan ubi kayu sahaja,” ceritanya.

Ditanya apa yang mahu dicurahkan kepada mendiang, beliau kelihatan menahan sebak sambil memberitahu akan sentiasa merindui sosok badan itu sepanjang hayat.

“Saya akan sentiasa merindui anda, ketahuilah bahawa anda tidak lagi berada di sini bersama saya,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Pamem memberitahu bahawa beliau mengetahui ibunya meninggal dunia selepas ditelefon oleh salah seorang adiknya.

“Salah seorang adik saya menghubungi saya menerusi telefon, bertanya sama ada saya akan ke rumahnya atau tidak kerana ibu kami meninggal dunia.

“Apabila saya tiba, saya memandikannya, mengelap wajahnya dan memakaikannya baju,” katanya.

Untuk rekod, mendiang Nyukan Yan meninggalkan tujuh anak, 13 cucu, dan 27 cicit.

Warisan Nyukan tidak diwariskan kepada generasi seterusnya, tetapi ia akan kekal ikonik dalam hati masyarakat Sarawak.

BERITA LAIN

Hanya GPS mampu jaga Sarawak

SIMANGGANG: Rakyat Sarawak perlu menjaga kepentingan dan menentukan masa depan negeri sendiri menjelang ‘lumba perahu’ (Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 Sarawak) tidak lama lagi. Itu

BERITA TERBARU

Hanya GPS mampu jaga Sarawak

SIMANGGANG: Rakyat Sarawak perlu menjaga kepentingan dan menentukan masa depan negeri sendiri menjelang ‘lumba perahu’ (Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 Sarawak) tidak lama lagi. Itu