SIBU: Konsortium tiga universiti akan menjalankan analisis situasi mengenai konsep Bandar Mesra Kanak-kanak yang diguna pakai oleh enam pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sarawak.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, tiga universiti itu termasuk Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Universiti Swinburne dan UNIMAS.
“Enam PBT yang menguna pakai konsep tersebut adalah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan Lembaga Kemajuan Bintulu.
“Kesemua PBT tersebut telah menandatangani dengan UNICEF (Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu) untuk mewujudkan inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Penasihat CSSC Sibu di sini.
Jelasnya, proses seterusnya adalah untuk analisis situasi dilakukan tentang bagaimana bandar yang mengambil bahagian mesra kanak-kanak.
Penyelidikan ini, tegas beliau, akan dijalankan oleh konsortium tiga universiti untuk melihat apaapa yang telah dilakukan atau tidak dilakukan oleh enam PBT untuk tempat mereka menjadi kanakkanak mesra.
“Ketiga-tiga universiti tersebut kemudiannya akan mengemukakan cadangan supaya PBT berusaha untuk memenuhi inisiatif itu.
“Pelaksanaan pemantauan yang akan dilakukan oleh UNICEF untuk memastikan dalam tempoh tiga tahun. Kami berharap bandar-bandar ini akan mendapat pengiktirafan oleh UNICEF sebagai bandar mesra kanak-kanak,” ujarnya.
Fatimah berkata, ini antara agenda Kerajaan Sarawak kerana ia berusaha untuk mencapai negeri yang makmur dari segi ekonomi menjelang 2030 yang turut merangkumi keterangkuman sosial dan mesra alam.
“Kita bukan sahaja mahu Sarawak makmur dari segi ekonomi tetapi juga memastikan kemudahan untuk bandar mesra kanak-kanak ada yang dianggap sebagai orang yang bahagia,” tegasnya.
Pada mesyuarat tersebut, Fatimah turut menyampaikan watikah pelantikan ahli Lembaga Penasihat CSSC Sibu.
Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita KanakKanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Mohammad Razi Sitam turut hadir.



