ARTIKEL

Ancaman bom itu dihantar ke e-mel rasmi Ketua Polis Johor dan dipercayai dihantar oleh individu sama yang menghantar ancaman bom di Menara MBJB. - Facebook Polis Johor

Ancaman bom guna e-mel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Tiga premis kerajaan di kawasan Johor Bahru Selatan disahkan telah menerima e-mel mengandungi unsur ancaman bom daripada individu yang sama, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata e-mel yang diterima ketiga-tiga premis kerajaan itu dipercayai berpangkalan di luar negara.

Beliau berkata satu daripada tiga premis kerajaan yang menerima e-mel tersebut adalah Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Bukit Senyum di sini.

“Setakat ini di daerah Johor Bahru kami telah menerima tiga laporan polis daripada premis kerajaan yang mengatakan mereka menerima e-mel yang sama.

“Nampaknya pengirim e-mel tersebut tidak spesifik kepada satu-satu tempat sahaja, sebaliknya secara umum,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai pemeriksaan keselamatan di Menara MBJB di sini semalam.

Terdahulu, Raub dilaporkan berkata pihaknya telah melakukan pemeriksaan di kesemua 22 tingkat Menara MBJB dan tidak mengesan sebarang objek mencurigakan.– BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU