ARTIKEL

ANDREW SUSANTO KUKUHKAN PERNIAGAAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ANDREW Susanto, selebriti Instagram terkenal yang kini turut dikenali sebagai usahawan berjaya, mencuri perhatian ramai dengan strategi uniknya dengan mengedarkan 8,000 gram emas bernilai RM12 juta sebagai sebahagian daripada langkah untuk mengukuhkan empayar perniagaannya.

Menurut Andrew, emas bukan sahaja simbol kemewahan tetapi juga aset berharga yang mampu menarik lebih ramai pelanggan.

Dengan pendekatan ini, beliau berharap dapat membina hubungan kukuh dengan komuniti peminat dan pelanggan setianya. Kempen ini turut mendapat sambutan hangat di media sosial apabila para peminat berkongsi keterujaan mereka terhadap usaha Andrew

Ramai yang menganggap strategi ini sebagai satu langkah luar biasa dalam dunia perniagaan.

Andrew, yang sebelum ini terkenal dengan kandungan gaya hidup mewahnya, membuktikan bahawa dia bukan sekadar selebriti tetapi juga seorang inovator dalam dunia perniagaan.

Langkah ini dijangka membuka peluang baharu untuknya dan menjadi inspirasi kepada usahawan muda lain.

BERITA LAIN

Shuib Sepahtu tampil mohon maaf

PELAWAK Shuib Sepahtu mengambil tanggungjawab atas ketegangan yang berlaku antara dirinya dengan rakan seperjuangannya, Jep Sepahtu, apabila tampil memohon maaf secara terbuka selepas hampir seminggu

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,