ARTIKEL

Gambar hisan | Freepik.com

Anggota tentera salah guna dadah terima padah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara 12 bulan terhadap seorang anggota tentera berpangkat sarjan kerana terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dua jenis dadah berbeza.

Rino Sulis, 38, didapati bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) akta yang sama pada akhir perbicaraan kes hari ini.

Mengikut pertuduhan, dia didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine ketika ditahan di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Samarahan sekitar jam 9.20 malam, 24 Mac 2023.

Hakim Iris Awen Jon memerintahkan tertuduh di bawah pengawasan pihak polis selama dua tahun selepas membayar denda atau menjalani hukuman penjara.

Seramai lima saksi pendakwaan telah dipanggil sepanjang perbicaraan kes.

Menurut fakta kes, semasa ditahan pihak polis di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Samarahan telah menahan tertuduh kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dan ujian saringan awal air kencing tertuduh juga didapati positif.

Baca lain  Rogol teman wanita, lelaki tempatan dipenjara 12 tahun, 3 sebatan

Kemudian, sampel urin dibawa ke Jabatan Patologi Hospital Umum Sarawak dan laporan mengesahkan tertuduh positif dadah jenis syabu.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Aiman Mutallib Mohamad Shariff, manakala tertuduh diwakili Peguam Steven Beti.

BERITA LAIN

Adun Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Adun Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.