ARTIKEL

PRN Melaka: 28 pusat penamaan calon ditutup, kempen 14 hari bermula

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MELAKA: Proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 selesai apabila kesemua 28 pusat penamaan calon di seluruh negeri ditutup pada 10 pagi ini.

Penyerahan borang pencalonan dibuka selama sejam bermula 9 pagi, sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya mengumumkan penutupan proses di pusat masing-masing.

Susulan itu, perhatian kini beralih kepada pengumuman rasmi senarai calon yang layak serta jumlah pertandingan di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kempen PRN Melaka bermula selepas penamaan calon dan berlangsung selama 14 hari sehingga 11.59 malam pada 13 Nov, seperti ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seperti dilapor Bernama.

SPR menetapkan 10 Nov untuk pengundian awal dan 14 Nov sebagai hari mengundi, dengan 687,697 pengundi layak, iaitu 675,166 pengundi biasa, 9,769 anggota tentera bersama pasangan dan 2,762 anggota polis.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

LCDA bina 1,410 rumah mampu milik di Sarawak

SPAOH: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dipertanggungjawabkan membina 1,410 unit rumah mampu milik di seluruh Sarawak dengan kos keseluruhan RM524.9 juta. Pengurus Besarnya, Datuk