ARTIKEL

Gambar hiasan

Jerebu: 45 kawasan catat IPU sederhana

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di 45 kawasan seluruh negara berada pada tahap sederhana berdasarkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Batu Muda mencatat bacaan tertinggi iaitu 83, diikuti Cheras dengan 76.

Johor merekodkan enam kawasan bertahap sederhana dengan Larkin (73) tertinggi, manakala lima kawasan di Selangor dipimpin Johan Setia (71).

Sarawak mencatat 10 kawasan bertahap sederhana, tertinggi di IPD Serian (68) dan Sri Aman (65), sementara Kuching dan Mukah masing-masing 61.

Dalam pada itu, 24 kawasan lain mencatat IPU baik, iaitu bacaan antara 0 hingga 50, manakala 51 hingga 100 dikategorikan sederhana seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

LCDA bina 1,410 rumah mampu milik di Sarawak

SPAOH: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dipertanggungjawabkan membina 1,410 unit rumah mampu milik di seluruh Sarawak dengan kos keseluruhan RM524.9 juta. Pengurus Besarnya, Datuk