ARTIKEL

Pasukan SAR meneruskan pencarian yang memasuki hari ketiga.

Pencarian lelaki hilang di limbungan Tanjung Manis masuki hari ketiga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS: Lelaki yang dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh dari kapal ketika melakukan kerja pembaikan bot tunda di limbungan Hock Seng Lee Dockyard, di sini, masih belum ditemui walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah memasuki hari ketiga hari ini.

Mangsa, Mohd Yusuf Lingir Abdullah, 51, dilaporkan hilang oleh rakan sekerjanya kira-kira jam 10 pagi, 29 Oktober, ketika menjalankan kerja pembaikan di lokasi berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak (PGOB), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pasukan bomba menjalankan pencarian di permukaan air sekitar kawasan mangsa dipercayai terjatuh, selain mendapatkan maklumat daripada pihak berkaitan.

“Operasi hari ini bermula pada jam 7.56 pagi dengan penglibatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Unit Marin, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan UKPS bagi meneruskan usaha mengesan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, beberapa peralatan kerja yang digunakan mangsa ditemukan di tempat kejadian dalam keadaan ditinggalkan, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatannya.

Menurutnya, air dilaporkan surut dengan arus agak deras ketika mangsa disedari hilang.

Sehubungan itu, operasi SAR diteruskan dan dipergiatkan dengan kerjasama semua agensi terlibat bagi memperluas kawasan pencarian serta meningkatkan peluang mengesan mangsa.

BERITA LAIN

Jerebu: 45 kawasan catat IPU sederhana

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di 45 kawasan seluruh negara berada pada tahap sederhana berdasarkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pagi ini. Menurut portal Sistem Pengurusan

BERITA TERBARU

LCDA bina 1,410 rumah mampu milik di Sarawak

SPAOH: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dipertanggungjawabkan membina 1,410 unit rumah mampu milik di seluruh Sarawak dengan kos keseluruhan RM524.9 juta. Pengurus Besarnya, Datuk