ARTIKEL

Foto: REUTERS | BERNAMA

Angka kematian cecah 19,088, lebih 54,450 cedera di Palestin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

RAMALLAH: Angka kematian di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sejak 7 Okt telah meningkat kepada 19,088 dengan lebih 54,450 orang cedera.

Serangan Zionis Israel terhadap rakyat Palestin pada Sabtu telah memasuki hari ke-71.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa jumlah korban yang direkodkan di Semenanjung Gaza mencecah 18,800 manakala angka kematian di Tebing Barat turut meningkat kepada 288, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Selain itu, sekitar 51,000 rakyat Palestin cedera di Gaza manakala hampir 3,450 di Tebing Barat, menurut kementerian itu.

Antara mereka yang terkorban di Gaza, termasuk lebih 300 petugas kesihatan, 86 wartawan, 35 anggota pertahanan awam dan 135 kakitangan UNRWA.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan mengulangi amaran tentang bahaya kehabisan bekalan vaksin di Gaza yang boleh membawa kesan buruk terhadap kesihatan terutama dalam kalangan mereka yang berada di tempat perlindungan.

Kementerian itu merekodkan 360,000 kes penyakit berjangkit di pusat perlindungan tetapi  jumlah sebenar kes mungkin lebih tinggi.

Setakat ini hanya 11 daripada 36 hospital di Gaza beroperasi dengan kemampuan yang terhad dan di wilayah utara pula sebuah sahaja hospital masih beroperasi, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia. – BERNAMA

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali