ARTIKEL

Tangkap layar X @Arab_Storms

Angka korban banjir di Maghribi meningkat kepada 41

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

RABAT: Sekurang-kurangnya 41 orang maut akibat banjir kilat yang berpunca daripada hujan lebat di Maghribi pada Ahad, menurut pihak berkuasa pada Isnin, lapor Xinhua.

Di wilayah pesisir Atlantik, Safi, pihak berkuasa tempatan dalam satu kenyataan berkata angka kematian meningkat kepada 37, dengan 14 yang cedera sedang menerima rawatan di hospital tempatan.

Di wilayah selatan Tinghir, empat orang maut selepas kenderaan mereka dibawa arus deras dan terbalik ke dalam sungai antara kawasan Fezou dan El Hafira, lapor portal berita tempatan Hibapress.

Menurut kenyataan itu banjir di Safi berlaku akibat ribut petir yang melanda dalam masa kira-kira sejam.

Puluhan rumah dan kedai di Bandar Safi dinaiki air, manakala kenderaan terbalik atau hanyut dibawa arus deras. Jalan raya juga rosak, menyebabkan gangguan lalu lintas yang meluas.

Pihak berkuasa Maghribi memberi amaran yang hujan lebat dijangka berterusan dalam beberapa hari akan datang. Sekolah di empat wilayah ditutup pada Isnin dan operasi tindak balas kecemasan berskala besar dilancarkan.–BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road