ARTIKEL

Angka korban banjir Sumatera melonjak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Tentera Nasional Indonesia (TNI) meningkatkan operasi bantuan dan menyelamat di tiga wilayah di Pulau Sumatera yang terjejas teruk akibat banjir dan tanah runtuh yang meragut nyawa, berikutan peningkatan ketara membabitkan angka korban, lapor Reuters.

Menurut data kerajaan yang dikeluarkan pada lewat Jumaat, jumlah kematian akibat ribut dan bencana banjir serta tanah runtuh minggu lalu melonjak kepada 867 orang dengan 521 mangsa dilaporkan masih lagi hilang. Kejadian ribut yang sama turut meragut kira-kira 200 jiwa di selatan Thailand dan Malaysia.

Usaha bantuan kini memberi tumpuan kepada penduduk yang masih terperangkap dan terputus hubungan, serta ramai yang tidak dapat mengakses bantuan kerajaan.

Mejar Jeneral Freddy Ardianzah memberitahu wartawan, pihak tentera mendirikan sekurangkurangnya 10 jambatan mudah alih yang dikenali sebagai Jambatan Bailey di wilayah Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat.

“Pembinaan jambatan-jambatan ini adalah amat penting untuk mengagihkan logistik. Sebahagian jalan raya masih terhalang, jadi bantuan belum sampai kepada mangsa bencana,” katanya.

Tentera turut memberikan bantuan makanan dan ubatubatan yang digugurkan melalui udara kepada penduduk yang terperangkap. Sementara itu, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto pada awal minggu ini menyatakan keadaan semakin pulih dan pengaturan sedia ada mencukupi. Timbalannya, Gibran Rakabuming Raka pula menunjukkan pandangan berbeza selepas melawat kawasan terjejas pada Khamis.

Gibran memohon maaf atas kekurangan dalam tindak balas bencana. “Saya memohon maaf. Anda tidak bersendirian, rakyat Sumatera tidak bersendirian,” katanya dalam satu kenyataan.

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU