ARTIKEL

Foto: Agensi Pengurusan Bencana Negara Indonesia (BNPB)

Angka Korban Banjir, Tanah Runtuh Di Indonesia Meningkat Kepada 174

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Jumlah korban akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat di Indonesia meningkat kepada 174 orang, dengan 79 masih hilang dan 12 lagi cedera, menurut Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) pada Jumaat, lapor Xinhua.


Ketua BNPB Suharyanto dalam sidang media berkata Sumatera Utara mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan 116 kematian dan 42 orang masih hilang. Beberapa kawasan terjejas masih tidak dapat diakses berikutan jalan rosak dan tanah runtuh yang berterusan, sekali gus melambatkan operasi menyelamat.


“Tidak mustahil lebih ramai mangsa berada di lokasi tanah runtuh yang masih belum dapat diakses,” kata Suharyanto.
Di wilayah Aceh, 35 orang disahkan maut, 25 masih hilang dan lapan lagi cedera.


Sumatera Barat pula melaporkan 23 kematian, dengan 12 masih hilang dan empat lagi cedera. Banjir dan tanah runtuh merosakkan jalan dan jambatan di beberapa daerah, dengan sekitar 3,900 isi rumah dipindahkan ke pusat penempatan sementara.


Bagi mengurangkan risiko lanjut, BNPB melaksanakan Operasi Modifikasi Cuaca serentak di tiga wilayah yang terjejas bagi mengalihkan awan hujan dari kawasan berisiko tinggi.


— BERNAMA-XINHUA

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU