ARTIKEL

FOTO fail kebakaran hutan di Taman Negara Bromo Tengger Semeru pada 10 Ogos 2026. AFP

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan di sebuah taman negara di Pulau Jawa, Indonesia, menurut pegawai pada Jumaat, lapor Associated Press (AP).

Kebakaran itu tercetus sejak beberapa hari lepas di kawasan Mentigen dan Pusing Lingker dalam Taman Negara Bromo Tengger Semeru, destinasi pelancongan terkenal di Kabupaten Probolinggo, Jawa Timur.

Jurucakap Polis Jawa Timur Jules Abraham Abast berkata mangsa merupakan sebahagian daripada 12 anggota pasukan pemadam kebakaran yang terdiri daripada kakitangan taman negara, anggota pasukan bomba komuniti dan sukarelawan tempatan yang berusaha mengawal kebakaran itu pada Khamis.

Menurut beliau, angin kencang menyebabkan api merebak dengan cepat melalui tumbuh-tumbuhan kering.

Beliau berkata kira-kira 1.30 tengah hari waktu tempatan, anggota bomba yang bertugas di luar zon bahaya menerima panggilan kecemasan daripada rakan mereka yang terperangkap dalam asap tebal dan api yang semakin menghampiri.

Kebakaran itu berlaku selepas satu kebakaran besar pada Ogos yang memusnahkan hampir sembilan kilometer persegi kawasan padang rumput dan tumbuh-tumbuhan di taman negara berkenaan, termasuk bunga edelweiss yang dilindungi. Abast berkata pasukan penyelamat kemudian menemukan tiga mangsa yang maut dan tiga lagi mengalami kelecuran teruk di sebuah pusat pemindahan.

Seorang daripada mangsa yang melecur meninggal dunia ketika menerima rawatan, katanya.

“Insiden itu berlaku di kawasan perg unungan terpencil, sekali gus menyukarkan usaha menyelamat,” kata Ketua Polis Probolinggo Asmida Rizki Siregar, yang turut menyertai pasukan kecemasan mengusung mangsa menggunakan pengusung sejauh kira-kira dua kilometer kerana bentuk muka bumi yang curam menghalang kenderaan daripada memasuki kawasan kejadian.

Beliau berkata pihak berkuasa menyelesaikan operasi pemindahan pada lewat Khamis dan telah memulakan siasatan terhadap kematian mangsa, termasuk kemungkinan kecuaian atau perbuatan jenayah yang menyumbang kepada tragedi itu.

Penyiasat sedang mengumpul bukti. Kementerian Kehutanan Indonesia merekodkan 799 titik panas di seluruh negara setakat Khamis malam, meningkat mendadak berbanding 372 pada hari sebelumnya.-Bernama-AP

BERITA LAIN

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU