ARTIKEL

- REUTERS

Angka Korban Gempa Bumi Venezuela Meningkat Kepada 4,561

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Angka korban akibat dua gempa bumi yang melanda Venezuela bulan lepas meningkat kepada 4,561 orang, kata Presiden Dewan Negara Jorge Rodriguez pada Isnin.

Menurut Anadolu Ajansi, Rodriguez berkata seramai 16,740 orang cedera.

Pihak berkuasa membantu 128,324 keluarga dan mendirikan 107 kem sementara yang menempatkan 20,231 orang, manakala 17,907 lagi masih belum mempunyai tempat tinggal tetap.

Rodriguez berkata gempa bumi itu turut merosakkan 856 bangunan, termasuk 190 yang runtuh.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), dua gempa bumi masing-masing berukuran 7.2 dan 7.5 pada skala Richter melanda negara Amerika Selatan itu pada 24 Jun. – BERNAMA-ANADOLU

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan