ARTIKEL

Angkara cemburu suspek sanggup cederakan bekas isteri di Matang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang buruh binaan sanggup bertindak memukul kepala dan menumbuk muka bekas isterinya kerana cemburu dan masih menyimpan perasaan terhadap mangsa.

Kejadian dilaporkan berlaku setelah suspek, 23, mendatangi mangsa di belakang Emart Matang, sekitar jam 5.10 petang pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Aidil Bolhassan ketika dihubungi mengesahkan pihaknya berjaya menahan suspek susulan mendapat laporan tentang kejadian.

“Hasil laporan awal suspek telah meminta mangsa untuk menemaninya ke tempat menghisap rokok namun mangsa enggan menyebabkan suspek marah.

“Mangsa yang bertindak beredar dari lokasi tempat mereka bertemu dikejar dan dipukul oleh suspek sehingga menyebabkan kepala mangsa mengalami kecederaan dan lebam,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, akibat kejadian mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak(HUS) dan menerima jahitan di bahagian kepala.

Dedahnya, hasil siasatan mendapati pasangan tersebut telah bercerai sekitar enam bulan lalu dan mempunyai anak lelaki berumur dua tahun tiga bulan.

Katanya, punca penceraian kerana suspek sering memukul mangsa dan mempunyai perempuan lain.

Adil menambah, semakan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di lokasi turut menunjukkan rakaman kejadian.

Susulan itu, jelasnya, suspek telah ditangkap dan ditahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Turut dirampas, telefon bimbit milik suspek untuk siasatan tindakan lanjut.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan