ARTIKEL

Kredit: Rozlin Rosmin

Angklung eratkan hubungan Sarawak-Indonesia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Alunan angklung daripada buluh dimainkan kira-kira 30 anggota rombongan Duta Budaya Indonesia ketika menyusuri Sungai Sarawak baru-baru ini, menjadi simbol persahabatan Malaysia-Indonesia menerusi diplomasi budaya sempena bulan kemerdekaan kedua-dua negara.

Ketua Cahaya Ladara Nusantara Triana Wulandari berkata lawatan kebudayaan tiga hari ke Kuching bermula 5 Ogos lepas itu bertujuan memperkenalkan warisan Indonesia kepada masyarakat Sarawak menerusi persembahan angklung, tarian tradisional dan batik.

Kredit: Rozlin Rosmin

Beliau berkata program dengan kerjasama Konsulat Jeneral Republik Indonesia itu mampu memperkukuh hubungan budaya Sarawak-Indonesia dan meningkatkan interaksi rakyat melalui pelbagai aktiviti seni. Rombongan turut menerima jemputan kerajaan negeri untuk membuat persembahan di Kuching sekitar September atau Oktober ini.

Ketua Saung Akar Budaya Siti Maryuni Soewardan berharap lawatan itu menjadi permulaan kepada program pertukaran budaya lebih luas, termasuk perkongsian warisan kulinari, adat resam dan pemahaman budaya. Beliau berkata angklung yang diiktiraf UNESCO sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara turut menjadi medium menyatukan masyarakat pelbagai lapisan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak Dr Sharzede Salleh Askor berkata pertukaran budaya penting untuk meningkatkan persefahaman antara Sarawak dan Indonesia. Beliau berharap lebih banyak program kerjasama dapat dilaksanakan bagi memperkukuh pelancongan budaya dan hubungan masyarakat serumpun seperti dilapor Bernama.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak Dr Sharzede Salleh Askor – Kredit: Rozlin Rosmin

BERITA LAIN

BERITA TERBARU