ARTIKEL

Aniq buru slot tiket Olimpik 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAGUH negara, Mohamad Aniq Kasdan menyifatkan kejayaannya meraih dua pingat pada Kejohanan Angkat Berat Antarabangsa di Doha, Qatar sebagai dos penggalak dalam memburu slot Sukan Olimpik Paris 2024.

“Walaupun sekali lagi berjaya memecahkan rekod kebangsaan, tetapi keinginan saya untuk meningkatkan lagi prestasi masih membara.

“Paling penting kejayaan di Doha ini juga secara tidak langsung menambah motivasi saya untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024,” katanya.

Pada Kejohanan Angkat Berat Antarabangsa di Doha, Aniq tampil cemerlang apabila meraih pingat perak clean & jerk kategori 61 kilogram (kg) serta gangsa bagi acara keseluruhan.

Aniq melakukan angkatan 170 kilogram (kg) bagi clean & jerk dan 126kg dalam snatch, sekali gus merekodkan angkatan keseluruhan 296kg.

Kejayaan itu menyaksikan Aniq memperbaharui rekod kebangsaan, 291kg miliknya sendiri ketika memenangi pingat gangsa Kejohanan Angkat Berat Dunia 2023 di Riyadh, Arab Saudi pada September lalu.

BERITA LAIN

Hajat belum ternoktah

DUA kekalahan dan satu seri dalam tiga perlawanan awal Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) pastinya bukan permulaan yang diharapkan Kuching City FC, namun perjalanan The

BERITA TERBARU

Beg sekolah untuk 5,917 pelajar di 46 sekolah Sarikei

SARIKEI: Seramai 5,917 pelajar daripada 46 sekolah di kawasan Sarikei menerima sumbangan beg sekolah menerusi inisiatif bantuan pendidikan bagi memastikan mereka mempunyai kelengkapan yang mencukupi