ARTIKEL

Anjur pelbagai kejohanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PERSATUAN Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS), akan lebih komprehensif dalam menganjurkan program atau kejohanan sepanjang tahun 2021.

Presiden PBBS, Awang Abdul Rahman Awang Hamid menegaskan, fokus utama pihaknya ialah penganjuran Liga Samarahan 2021.

Di samping program lain mencakupi penganjuran kejohanan bola sepak peringkat umur veteran serta kejohanan futsal dan sebagainya.

“Seperti biasa kita fokus kepada penganjuran Liga Samarahan 2021 terlebih dahulu serta beberapa kejohanan lain.

“Kita juga akan menganjurkan kursus-kursus jurulatih dan prngadil,” kata Awang Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Exco PBBS petang tadi.

Sambil menyifatkan pendekatan dilaksanakan itu kearah mentranformasikan pembangunan sukan bola sepak dikawasan Samarahan.

Awang Abdul Rahman menegaskan, segalanya bergantung kepada keadaan semasa pandemik Covid-19 sebelum dapat memutuskan tarikh bagi penganjuran liga berkenaan.

“Diharap keadaan akan pulih sepenuhnya agar semua program yang dirancang dapat diteruskan,” tambah beliau lagi.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU