ARTIKEL

Anjur pelbagai program, jangan lupakan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Barisan menteri Persekutuan baharu diingatkan untuk sentiasa melibatkan Sarawak dalam apa sahaja aktiviti atau program yang dianjurkan, tidak hanya memfokuskan Semenanjung Malaysia.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan penganjuran pelbagai programi negeri ini bagi merancakkan sektor pelancongan.

“Menjadi harapan kita kepada sesiapa sahaja yang menjadi menteri Persekutuan, atas apa pun kapasiti atau portfolio. Ingatkanlah bahawa Malaysia mempunyai dua buah negeri di Kepulauan Borneo, jangan semua aktiviti atau program hanya dilaksanakan di Semenanjung.

Abdul Karim bercakap pada sidang media.

“Ini kerana kebanyakan menteri Persekutuan dari sana apabila bercakap atau melaksanakan aktviti, lawatan dan sebagainya, mereka hanya tahu mengenai Semenanjung Malaysia serta lupa tentang Sabah dan Sarawak,” ujarnya.

Abdul Karim berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Memperkenalkan Portal dan Aplikasi Pelancongan Sarawak Generasi Baharu oleh Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Abdul Karim yang juga Menteri Belia dan Sukan menambah, perkara itu berlaku mungkin disebabkan menteri-menteri terbabit ‘segan’ hendak datang ke negeri ini.

“Jangan ‘segan’ untuk datang ke sini, kita sentiasa mengalu-alukan kedatangan semua pihak. Malah berasa gembira apabila ada pihak yang mahu menjalin kerjasama bagi mengajurkan sebarang program,” ujarnya.

Sementara mengulas mengenai pelantikan Hannah Yeoh sebagai Menteri Belia dan Sukan, Abdul Karim berkata beliau tidak sabar untuk bekerjasama rapat dengan menteri baharu itu bagi memperkasa bidang sukan negeri ini.

“Hannah seorang wanita yang berpengalaman dan saya percaya beliau akan melakukan yang terbaik sebagai Menteri Belia dan Sukan. Justeru, beliau juga amat dialu-alukan untuk datang ke Sarawak,” katanya.

Hannah, yang merupakan Ahli Parlimen Segambut adalah salah seorang menteri penuh dalam Kabinet Persekutuan yang baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU