Ankara beli sistem peluru berpandu Rusia, AS gertak Turki

ANKARA: Jika Turki membeli sistem peluru berpandu S-400 buatan Rusia, Amerika Syarikat (AS) mengancam membatalkan kontrak pembelian jet tempur F-35 dengan Ankara.

Namun, Kementerian Luar Turki mengingatkan agar AS tidak perlu mencampuri pembelian senjata tersebut.

“Kami minta AS jangan mengambil langkah salah, yang dapat merosakkan hubungan diplomasi kedua-dua negara,” kata Kementerian Luar

Turki pada Rabu memetik AFP. Ankara menyifatkan ancaman AS tidak sesuai dengan semangat pertemuan Presiden Recep Tayyip Erdogan dengan Presiden Donald Trump pada Sidang Kemuncak G20 di Jepun bulan lalu.

AS mengingatkan kewujudan Undang-Undang Perlawanan Terhadap Musuh AS 2017 yang memberikan Rumah Putih kuasa menjatuhkan sekatan terhadap negara yang membeli senjata dari Rusia.