ARTIKEL

Annuar Rapaee

Annuar kesal insiden keracunan makanan libat pelajar UTS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Siasatan berhubung insiden keracunan makanan melibatkan pelajar Asasi di Universiti Teknologi Sarawak (UTS) sedang dijalankan dengan Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Sibu menyiasat makanan yang dipercayai menjadi punca kejadian itu sebelum tindakan sewajarnya diambil terhadap pembekal.

Pengerusi Lembaga Pengarah UTS, Dr. Annuar Rapaee turut menzahirkan kekecewaan apabila menerima berita mengenai kes keracunan makanan yang melibatkan pelajar Asasi di institusi pengajian tinggi itu semalam (27 Jun).

“Difahamkan, kejadian tersebut berpunca daripada makanan yang disediakan oleh pembekal luar.

“Saya juga amat kesal terhadap kenyataan UTS yang menyatakan bahawa UTS hanya menyediakan pengangkutan, tetapi tidak menanggung kos rawatan perubatan. Kenyataan tersebut boleh menimbulkan kekeliruan,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata telah menghubungi Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu, Dr. Teh Jo Hun yang mengesahkan bahawa tiada sebarang bayaran bil perubatan dikenakan di klinik kerajaan kerana melibatkan pelajar.

“Bagaimanapun, sekiranya mereka memilih untuk mendapatkan rawatan di klinik atau hospital swasta, mereka perlu menanggung sendiri kos rawatan tersebut.

“Pejabat Kesihatan juga akan menjalankan siasatan terhadap makanan yang dipercayai menjadi punca keracunan tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pembekal yang bertanggungjawab,” tegasnya.

Terdahulu, Pengarah UTS, Lu Yew King memohon maaf kepada pelajar, ibu bapa dan kakitangan yang terjejas serta menyifatkan insiden tersebut sebagai sesuatu yang amat dikesali.

“Makanan yang disajikan sepanjang program itu dibekalkan oleh sebuah syarikat katering luar dan bukannya disediakan oleh UTS. Kami memandang serius perkara ini dan sedang memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa berkaitan dalam menjalankan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Lu berkata, tiada seorang pun daripada pelajar yang terjejas berada dalam keadaan serius atau memerlukan kemasukan ke hospital dan kesemua mereka telah menerima rawatan perubatan yang diperlukan sama ada di fasiliti kesihatan kerajaan atau melalui pemberian ubat yang bersesuaian.

“Kesemua mereka sedang beransur pulih dengan baik. Tiada seorang pun daripada pelajar dikenakan sebarang caj untuk mendapatkan rawatan perubatan,” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa Pusat Pembangunan dan Perkhidmatan Pelajar (SDSC) telah bekerjasama rapat dengan pelajar yang terjejas sejak insiden itu dilaporkan dengan menyediakan pengangkutan, bantuan perubatan serta sokongan lain yang diperlukan.

“Insiden tersebut telah dilaporkan secara rasmi kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), yang kini sedang menjalankan siasatan dan meminta semua pelajar memberikan kerjasama sepenuhnya sekiranya mereka dihubungi oleh pihak berkuasa kesihatan sebagai sebahagian daripada proses siasatan.

“Keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan para pelajar sentiasa menjadi keutamaan kami. Kami sentiasa bersedia untuk memberikan sebarang bantuan yang diperlukan,” jelasnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU