MUHIDEN bekas seorang guru dan telah bersara 18 tahun yang lalu. Dalam pasca
persaraannya banyak masa melaksanakan kerja-kerja untuk masyarakat dalam
pelbagai kerja-kerja sosial.
Dia banyak melibatkan diri dalam persatuan dan pertubuhan bukan
kerajaan, seperti Persatuan Bulan Sambit Merah Malaysia, Pasatuan Pesara Guru
Sarawak, Pertubuhan Anti Dadah Kebangsaan dan Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampung
Keterlibatan sepanjang pasca persaraan dinilai oleh suatu Jawatankuasa
Penilai Anugerah Pesara Guru yang terdiri daripada beberapa orang profesional
dalam beberapa bidang khusus
Ramai calon yang hebat belaka yang menyertai anugerah ini
tetapi kelebihan yang ada pada Muhiden, dia dikenali seorang yang merendah diri.
ramah mesra jika ditemani, sentiasa memberi pandangan yang positif kepada rakan
sebayanya.
“Jika anugerah ini rezeki aku, ianya takkan kemana,”jelas Muhiden kepada
beberapa rakan mantan guru. Mereka teruja pada perayaan hari guru tahun ini dan
masih berlegar-legar dalam minda masing-masing tentang pencalonan Anugerah
Jasamu Dikenang.
Muhiden seorang bapa kepada tujuh orang anak dan menetap di Desa
Permai. Ketujuh-tujuh orang anak yang diasuh serta dididik oleh Muhiden dan
isterinya dari sejak kecil umpama penatang minyak yang penuh. Sehinggalah anak-
anak sudah di alam remaja dan pekerjaan. Mereka sudah mempunyai pekerjaan
masing-masing, dua orang daripada anak Muhiden berkhidmat sebagai guru
mengikut jejak ayah mereka sebagai seorang pendidik. Yang lain ada yang bekerja
di jabatan kerajaan dan ada pula yang bekerja di syarikat swasta dan seorang
perusahaan sendiri.
Kerja-kerja sukarelawan dan kebajikan memang sudah bertapak dalam jiwa
Muhiden sejak dia dilantik sebagai ahli exco semasa di maktab perguruan sejak 45
tahun yang lampau. Dia dipilih menjawat jawatan Exco Kebajikan dan Asrama iaitu
menjaga tentang kebajikan dan hal ehwal asrama pelatih guru disamping itu dia juga
dipertanggungjawabkan tentang Pasukan Keselamatan di maktab. Pengalaman
sedia ada pada diri Muhiden dapat dipraktik semasa beliau berkhidmat sebagai
pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di Desa Permai.
Di masa pasca persaraan, Muhiden banyak menolong masyarakat yang
berbilang kaum di tempatnya. Dia juga seorang ketua kaum di tempatnya.
Muhiden aktif menulis, dia banyak menulis rencana dan artikel dari Sabah,
Sarawak dan juga cerita yang berlaku di Semenanjung Malaysia. Rencana yang
ditulisnya berkisar tentang sosial, kemajuan masyarakat dan pelajaran dan ada juga
artikel yang ditulis mengenai dengan kearifan tempatan. Ini semuanya aspek yang
memberi pengetahuan kepada masyarakat umum
Muhiden juga aktif menulis sastera, seperti cerpen, certot, puisi
sajak,pantun, syair dan gurindam sering diterbitkan dalam beberapa akhbar
tempatan dan nasional, dia seorang penulis yang prolifik dan pernah beberapa kali
menerima anugera kususasteraan negeri.
Dengan kebolehan yang luar biasa untuk masyarakat umum, pihak
Jawatankuasa Penilai sebulat suara memilih Muhiden Bin Borhan
dinobatkan Anugerah Jasamu Dikenang yang bernilai RM5000.00 beserta plak
dan sijil penganugerahan. Penganugerahan ini diterimanya dari Jawatankuasa
Penganugerahan Jasamu Dikenang peringkat Negeri Sarawak disalah sebuah hotel
terkemuka di Bandaraya Kuching.
“Syukur Alhamdulillah, anugerah ini adalah rezeki untuk seisi keluarga
saya,”perjelas Muhiden dengan nada merendah diri dan tunduk bersujud tanda
syukurnya pada Allah Yang Maha Esa. Sementara itu para jawatankuasa
penganjur dan hadirin yang hadir ke majlis itu memberi tepukan yang gemuruh
serta mengucapkan tahniah kepadanya sebagai penerima Anugerah Jasamu
Dikenang.
(500 patah perkataan)
No.63 Dusun Bayu,
Demak Laut Industrial Park,
Jalan Bako,93050 Kuching Sarawak.
Tarikh : 17 Mei 2025
Tuan Editor,
Ruang Taman Sastera,
Akhbar Suara Sarawak,
Metrocity Matang 93050 Kuching.
Per: SURAT PERAKUAN KARYA ASLI PENULIS BERTAJUK: ANUGERAH JASAMU DIKENANG.
Adalah dengan sukacita perkara tersebut di atas dirujuk.
2. Sehubungan itu, dilampirkan manuskrip certot yang berjudul di atas. Mohon dipertimbangkan penerbitan dalam Ruang Taman Sastera dalam Akhbar Suara Sarawak untuk tujuan bacaan umum dan khas untuk para karyawan Negeri Sarawak
3. Nama penuh saya Muhamad bin Bohari, nama pena Musalmah, alamat seperti tercatat di atas, e-mel penulis: mohdbohari5149@gmail.com dan sekeping gambar saiz passport akan dikirim berasingan dalam e-mel yang sama.
Sekian. Terima kasih.
Salam hormat, salam Bahasa Jiwa Bangsa.
Ikhlas,
Muhamad Bin Bohari
Ahlijawatankuasa PERWARIS Sarawak
016-3553488.



