ARTIKEL

Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2024: Suara Sarawak bolot 24 hadiah, terima Anugerah Premier

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Akhbar bahasa Melayu nombor satu di negeri ini, Suara Sarawak terus mendominasi Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2024 untuk kali kelima apabila membolot 24 daripada 35 anugerah yang dipertandingkan tahun ini.

Lebih menarik, kisah seorang ibu muda berasal dari Sarawak bersama-sama dua anaknya yang terkandas empat tahun di Filipina dalam laporan khas empat siri memberi kemenangan besar buat penulisnya, Siti Nurain Ratani apabila dinobatkan penerima Anugerah Premier dalam majlis penganugerahan yang disampaikan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebentar tadi.

Wartawan yang berusia 26 tahun itu juga menerima anugerah emas bagi kategori laporan berita yang melayakkan beliau membawa pulang dua hadiah wang tunai berjumlah RM8,000.

Dalam hal berkaitan, 16 wartawan Suara Sarawak membolot 24 anugerah pelbagai kategori dengan wang kemenangan sebanyak sekitar RM50,000.

BERITA LAIN

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.

BERITA TERBARU

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.