ARTIKEL

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar ambil alih Pandan sebagai Parlimen angkat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim diumumkan sebagai Parlimen angkat bagi kawasan Pandan susulan penyusunan semula pentadbiran pusat khidmat dan jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan itu.

Naib Presiden PKR, Amirudin Shari berkata Tengku Zafrul Abdul Aziz pula dilantik sebagai pegawai pemantau PKR bagi Parlimen Pandan serta turut diberi tanggungjawab memantau kawasan Ampang.

Menurut beliau, langkah itu dibuat bagi memastikan gerak kerja parti dan pentadbiran kawasan terus berjalan lancar selepas peletakan jawatan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad daripada PKR baru-baru ini.

Amirudin berkata situasi tersebut bukan perkara baharu kerana PKR pernah berdepan keadaan sama melibatkan beberapa bekas pemimpin parti sebelum ini tanpa menjejaskan kekuatan jentera parti seperti dipetik dari Bernama.

Sementara itu, Tengku Zafrul berharap mendapat sokongan penuh pimpinan dan akar umbi PKR di Pandan serta Ampang bagi memastikan khidmat kepada rakyat dapat diteruskan secara berkesan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU