KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) kira-kira jam 1.40 petang hari ini bagi memulakan rangka lawatan kerja rasmi sehari ke Kuching.
Ketibaan beliau yang menggunakan pesawat khas disambut oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian.
Sebaik tiba, Anwar bersama rombongan terus menuju ke Kompleks Satria Pertiwi bagi mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Negeri bersama Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta anggota Kabinet Sarawak yang lain.


Pada sebelah petang, Anwar bersama Abang Johari akan meluangkan masa melawat Bazar Ramadan Sukma Ria pada jam 5.25 petang sebelum menghadiri Majlis Berbuka Puasa Madani 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak sekali gus menutup lawatan kerja tersebut.
Anwar bersama rombongan dijadual berlepas pulang ke ibu negara pada jam 8 malam ini.


