ARTIKEL

ANYI berucap pada Program Segulai Sejalai Bersama SKMM di Dewan Masyarakat Nanga Ngungun, semalam.

Anyi nafi dakwaan pilih kasih dalam pembangunan Ngemah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KANOWIT: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ngemah, Anyi Jana menafikan dakwaan kononnya beliau bersikap pilih kasih dan meminggirkan kawasan tertentu dalam pelaksanaan projek pembangunan di kawasan berkenaan.

Setiap projek dan program pembangunan dilaksanakan berdasarkan keperluan masyarakat, keutamaan pembangunan, kemampuan peruntukan serta pertimbangan agensi berkaitan.

Menurutnya, dakwaan berhubung hubungan kerjasama dengan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK), pembahagian projek serta pelaksanaan program yang didakwa tidak seimbang perlu dinilai berdasarkan keadaan dan proses sebenar.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Segulai Sejalai Bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Dewan Masyarakat Nanga Ngungun, semalam.

Kerjasama erat dengan KMKK amat penting bagi memastikan agenda pembangunan dan kebajikan masyarakat di kawasan DUN Ngemah terus diberi perhatian.

Katanya, sebarang perbezaan pandangan perlu ditangani menerusi komunikasi dan perbincangan secara terbuka bagi mengelakkan salah faham.

Sementara itu, menyentuh isu liputan rangkaian telekomunikasi di Ngemah, Anyi berkata masalah berkenaan sudah berlarutan sejak sekian lama dan berulang kali dibangkitkan kepada pihak berkaitan sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat.

Justeru, beliau berharap SKMM mengambil tindakan susulan lebih serius dan konkrit bagi menangani masalah itu supaya masyarakat setempat dapat menikmati kemudahan telekomunikasi yang lebih baik.

BERITA LAIN

PDP serah senarai calon kepada GPS esok

KUCHING: Parti Demokratik Progresif (PDP) akan menyerahkan senarai nama calon yang dicadangkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13 kepada Pengerusi Gabungan Parti

Fokus pembelajaran berasaskan pengalaman

KUCHING: Pembelajaran berasaskan pengalaman menjadi antara pendekatan utama Tadika Johan dalam membentuk sikap berdikari, disiplin dan keyakinan diri murid sejak peringkat awal pendidikan. Guru Besar

BERITA TERBARU