ARTIKEL

TIONG… Datuk Seri Tiong King Sing ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya GPS bagi PRU Sarawak Ke-13 di BCCK, Kuching, hari ini.

PDP serah senarai calon kepada GPS esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Parti Demokratik Progresif (PDP) akan menyerahkan senarai nama calon yang dicadangkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13 kepada Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, esok.

Presidennya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, beliau setakat ini belum mengemukakan sebarang nama untuk pertimbangan Premier Sarawak itu, sekali gus menafikan dakwaan bahawa senarai calon parti berkenaan sudah diserahkan.

Spekulasi berhubung perkara itu turut menimbulkan persoalan dalam kalangan beberapa penyandang kerusi.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya GPS bagi PRU Sarawak Ke-13 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Tiong berkata PDP sudah bersedia menghadapi pilihan raya akan datang apabila jentera parti digerakkan sepenuhnya bagi menyokong kepimpinan Abang Johari serta agenda GPS.

PDP bertekad mempertahankan kesemua lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu ketika ini.

Tiong turut menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan Abang Johari dalam mengekalkan keharmonian antara parti komponen GPS serta menerajui gabungan itu menghadapi pilihan raya.

Keempat-empat parti komponen GPS iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), PDP, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) akan bertanding di kesemua 82 kerusi DUN menggunakan satu lambang GPS.

Semua calon yang dipilih, tanpa mengira latar belakang, bertanggungjawab mewakili kepimpinan Premier serta agenda pembangunan menyeluruh Sarawak.

BERITA LAIN

Fokus pembelajaran berasaskan pengalaman

KUCHING: Pembelajaran berasaskan pengalaman menjadi antara pendekatan utama Tadika Johan dalam membentuk sikap berdikari, disiplin dan keyakinan diri murid sejak peringkat awal pendidikan. Guru Besar

TamanMu ungguli saingan

DEBAK: TamanMu membuktikan keunggulan apabila muncul juara Mini Karnival Bola Sepak Bawah 16 Tahun, Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) Peringkat Negeri Sarawak 2026 dengan

BERITA TERBARU

Fokus pembelajaran berasaskan pengalaman

KUCHING: Pembelajaran berasaskan pengalaman menjadi antara pendekatan utama Tadika Johan dalam membentuk sikap berdikari, disiplin dan keyakinan diri murid sejak peringkat awal pendidikan. Guru Besar

TamanMu ungguli saingan

DEBAK: TamanMu membuktikan keunggulan apabila muncul juara Mini Karnival Bola Sepak Bawah 16 Tahun, Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) Peringkat Negeri Sarawak 2026 dengan