ARTIKEL

KAMI JUARA… Azmi Abdullah (tengah) merakam gambar bersama pemain, jurulatih dan pegawai TamanMu selaku juara kejohanan. | FOTO: MOHD. AMIR SYUKRY

TamanMu ungguli saingan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DEBAK: TamanMu membuktikan keunggulan apabila muncul juara Mini Karnival Bola Sepak Bawah 16 Tahun, Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) Peringkat Negeri Sarawak 2026 dengan mengumpul 13 mata tanpa sebarang kekalahan.

Kejayaan itu diraih selepas pasukan berkenaan mencatat empat kemenangan dan satu keputusan seri sepanjang lima perlawanan yang berlangsung selama dua hari menggunakan format liga satu pusingan.

TamanMu membuka kempen dengan kemenangan 3-0 ke atas Saribas FC sebelum menewaskan Seberang City FC 2-0 pada aksi kedua.

Pasukan itu kemudian terikat tanpa jaringan ketika menentang Team Gen’z Debak Betong U16 sebelum mencatat kemenangan 2-0 ke atas Anak Kampung FC.

TamanMu menutup saingan dengan kemenangan 2-1 ke atas Bintangor FC U16 pada perlawanan terakhir.

Ketua jurulatihnya, Padli Rapaii berkata, beliau berpuas hati dengan kejayaan pasukannya merangkul gelaran juara hasil kerja keras semua pemain sepanjang karnival berkenaan.

“Tahniah dan terima kasih kepada semua pemain. Kerja keras mereka selama dua hari berjaya memastikan gelaran juara menjadi milik kami,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Padli turut memuji komitmen pemain yang berdepan tentangan sengit daripada pasukan lawan dalam setiap perlawanan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada barisan jurulatih, pegawai dan ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan kepada pasukan TamanMu.

Sementara itu, Seberang City FC menduduki tempat kedua dengan 10 mata hasil tiga kemenangan dan satu keputusan seri.

Team Gen’z Debak Betong U16 pula di tempat ketiga dengan sembilan mata selepas mencatat dua kemenangan dan tiga keputusan seri.

Bintangor FC menduduki tempat keempat dengan tujuh mata hasil dua kemenangan, satu seri dan dua kekalahan.

Anak Kampung FC dan Saribas FC masing-masing berada di kedudukan kelima dan keenam dengan satu mata.

Pasukan juara dan naib juara menerima hadiah wang tunai, piala, pingat serta sijil, manakala pasukan tempat ketiga dan keempat menerima wang tunai, pingat serta sijil.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Azmi Abdullah.

Karnival yang berlangsung dari 21 hingga 22 November itu diadakan di Padang Bola Sepak Riveria Debak, Betong.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU