ARTIKEL

Fadillah (tengah) menyempurnakan gimik pelancaran “Juh Melabur, Anak Sarawak” di Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Kuching, di sini, hari ini.

61 peratus rakyat Malaysia tiada simpanan kecemasan RM1,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Rakyat Sarawak digesa memperkukuh budaya menyimpan dan melabur bagi menjamin kestabilan kewangan serta membina masa depan keluarga yang lebih mampan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, pengurusan kewangan yang baik penting bagi mengelakkan masyarakat berbelanja melebihi kemampuan, selain membolehkan mereka membuat persediaan menghadapi kecemasan.

Fadillah ketika mengadakan lawatan ke ruang pameran.

Katanya, berdasarkan laporan Bank Negara Malaysia (BNM) 2024, sebanyak 61 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM1,000 untuk kegunaan kecemasan.

Katanya lagi, 37 peratus rakyat tidak mempunyai simpanan mencukupi bagi menampung perbelanjaan selama tiga bulan sekiranya kehilangan pekerjaan.

“Kalau berlaku apa-apa, 61 peratus rakyat kita tidak ada simpanan untuk kecemasan. Begitu juga 37 peratus tidak mempunyai simpanan bagi menampung kehidupan selama tiga bulan sekiranya kehilangan pekerjaan.

“Ini antara cabaran berdasarkan fakta daripada BNM. Sebab itu, saya berasa literasi kewangan amat penting dan perlu kita pertingkatkan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran “Juh Melabur, Anak Sarawak” di Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Kuching, di sini, hari ini.

Fadillah ketika mengadakan lawatan ke ruang pameran.

Sehubungan itu, tambahnya, usaha meningkatkan literasi kewangan perlu diperluas bukan sahaja di bandar besar, malah ke setiap bahagian di Sarawak bagi memastikan lebih ramai rakyat mendapat pendedahan mengenai kepentingan menyimpan dan melabur.

Menurutnya, ASNB ketika ini hanya mempunyai lima cawangan di Sarawak, berbanding Semenanjung Malaysia yang mempunyai cawangan di setiap negeri, termasuk di beberapa daerah.

“Kembangkan program seperti ini bagi meningkatkan kesedaran rakyat mengenai kepentingan menyemai budaya pengurusan kewangan yang baik dan mampan, termasuk memperuntukkan sebahagian pendapatan untuk pelaburan, simpanan kecemasan serta keperluan lain.

“Kita sedar ada dalam kalangan masyarakat yang berpendapatan rendah dan tidak mampu menyimpan. Namun, ASNB mempunyai kaedah untuk membantu mereka khususnya melalui simpanan dalam jumlah kecil bagi anak-anak dan pendidikan mereka. Ini juga satu bentuk pelaburan yang amat penting untuk masa depan,” jelasnya.

BERITA LAIN

Hubungan harmoni Persekutuan-Sarawak perlu diperkukuh

KUCHING: Hubungan harmoni antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sarawak perlu terus diperkukuh bagi memastikan tuntutan hak negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat diselesaikan

BERITA TERBARU

Hubungan harmoni Persekutuan-Sarawak perlu diperkukuh

KUCHING: Hubungan harmoni antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sarawak perlu terus diperkukuh bagi memastikan tuntutan hak negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat diselesaikan