Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Apabila dabai menjadi keropok

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MIRI: Sarawak Fruit Enterprise memberi kelainan dalam produk dabai yang dikeluarkan oleh mereka dan ia merupakan satu perkara yang baru di Sarawak.

Pengurus Pembangunan Perniagaan Chuo Nang Ling berkata, idea untuk mengeluarkan keropok dabai adalah datang daripada salah seorang pegawai dari Pusat Penyelidikan Pertanian (ARC) Kuching dan belajar memproses keropok tersebut pada bulan Mei tahun lalu.

“Selepas dipasar dan mendapat maklum balas daripada pelanggan, kami menjadikan ia sebagai keropok vegetarian di mana kami tidak mencampurkan bahan seperti ikan bilis dan sebagainya.

“Pemprosesan produk dabai termasuk keropok yang kami jual ini semua dilakukan oleh pekerja yang beragama Islam, tiada keraguan dari segi bahan kami gunakan dan keropok mentah tersebut boleh bertahan hingga satu tahun,” jelasnya.

Nang Ling berkata demikian ketika berada di gerai Sarawak Fruit Enterprise dalam Karnival Jualan Terus Dari Ladang & Industri Asas Tani bertempat di Bintang MegaMall, Miri pada 23 Ogos semalam hingga 25 Ogos nanti.

PRODUK DABAI… Chuo Nang Ling bersama-sama produk yang berasaskan dabai yang dijual dalam Karnival JTDL & Industri Asas Tani bertempat di Bintang MegaMall, Miri pada 23 Ogos semalam hingga 25 Ogos nanti.

Tambahnya, mereka juga menghasilkan kacang dabai daripada biji buah tersebut dan mendapat sambutan baik di Singapura.

Baca lain  Saya mengundi sejak berusia 21 tahun - Hatimah Jahwi

Katanya, untuk menghasilkan satu botol produk kacang dabai dengan berat 100 gram untuk dijual mereka mengambil masa lebih daripada lima hari.

“Ia kerana kami tidak menggunakan mesin untuk memproses dan hanya menggunakan tenaga manusia dan satu hari pekerja hanya menghasilkan 900 gram biji dabai yang belum diproses sepenuhnya.

“Ia termasuk dengan proses memisahkan isi dan biji, proses pengeringan biji dabai dengan menjemur di bawah matahari dan lain-lain,” jelasnya kepada pemberita semalam.

Nang Ling juga menyatakan mereka juga mengeluarkan produk sejuk beku seperti pes dabai, durian, cempedak dan rambutan dan isau kering.

“Setakat ini kami hanya membuat durian dan dabai untuk disejuk beku kerana kini adalah musim buah tersebut tetapi saya ada perancangan untuk produk lain seperti durian isu, longan dan sebagainya.

“Jika ada produk seperti pes dan sejuk beku tersebut peniaga atau pengguna mudah untuk mendapatkan sumber selepas habis musim,” ujarnya.

Nang Ling juga mengharapkan agar produk yang dikeluarkan oleh pihak mereka dapat menembusi pasaran yang lebih besar ke seluruh Malaysia dan juga ke luar negara.

Baca lain  Kebajikan penduduk Sungai Maong terus diberi perhatian

PRODUK DABAI… Chuo Nang Ling bersama-sama produk yang berasaskan dabai yang dijual dalam Karnival JTDL & Industri Asas Tani bertempat di Bintang MegaMall, Miri pada 23 Ogos semalam hingga 25 Ogos nanti.

KACANG DABAI… Produk yang dihasilkan menggunakan biji dabai diproses menjadi kacang dengan keunikan rasa dan aroma tersendiri dijual dalam Karnival JTDL & Industri Asas Tani bertempat di Bintang MegaMall, Miri pada 23 Ogos semalam hingga 25 Ogos nanti.

 

 

KACANG DABAI… Produk yang dihasilkan menggunakan biji dabai diproses menjadi kacang dengan keunikan rasa dan aroma tersendiri dijual dalam Karnival JTDL & Industri Asas Tani bertempat di Bintang MegaMall, Miri pada 23 Ogos semalam hingga 25 Ogos nanti.

 

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru