KETIKA api memusnahkan hutan di Kalimantan Tengah, seekor orang utan betina bernama Ira terpaksa meredah kawasan yang hangus untuk mencari makanan.
Orang utan berusia sekitar 20 tahun itu ditemukan dalam keadaan keleburan, menggambarkan penderitaan hidup liar apabila habitat mereka sudah jadi musnah akibat kebakaran.
Nasib Ira mencetuskan persoalan lebih besar, berapa banyak lagi kehidupan perlu terancam sebelum krisis kebakaran hutan di Asia Tenggara ditangani secara menyeluruh?
Krisis jabaru tahun ini sekali lagi memperlihatkan ancaman kebakaran hutan dan tanah gambut di Sumatera dan Borneo yang mencemarkan udara hingga ke Malaysia dan Singapura. Cuaca kering akibat El Nino turut meningkatkan risiko kebakaran serta menyukarkan usaha pemadaman.
Di sebalik kemusnahan hutan dan pencemaran udara, hidupan liar turut kehilangan habitat, sumber makanan dan peluang untuk terus hidup.
Menurut laporan media antarabangsa, Ira ditemukan berhampiran Gang Sahabat di Jalan Tilik Riwut, laluan Sampit-Palangka Raya, Kalimantan Tengah, selepas penduduk melihatnya mencari makanan di kawasan yang terjejas akibat kebakaran.
Walaupun tidak mengalami kecederaan atau masalah pernafasan yang ketara, Ira menunjukkan tanda-tanda kehilangan sebelum dipindahkan ke pusat jagaan untuk pemeriksaan lanjut.
Apabila kebakaran memusnahkan pokok dan kawasan hutan, orang utan kehilangan sumber makanan serta tempat bersarang. Mereka juga sukar berpindah ke kawasan yang lebih selamat kerana laluan biasa digunakan telah musnah.
Kehilangan habitat turut memaksa orang utan menghampiri ladang dan penempatan, sekali gus meningkatkan risiko konflik dengan manusia, kecederaan serta kekurangan makanan.
Ancaman ini bukan kes terpencil. Laporan orang utan yang diselamatkan daripada kebakaran di Kalimantan Barat sebelum ini turut dipindahkan ke Hutan Perlindungan Batu Nyapu kerana habitat asal mereka tidak lagi selamat.
Penyelamatan itu memberi haiwan ini peluang meneruskan kehidupan, tetapi tidak berupaya menghantikan punca kemusnahan habitat.
Ke manakah hidupan liar ini harus pergi jika hutan yang menjadi rumah mereka terus terbakar?
Manusia turut terdedah kepada zarah halus daripada asap kebakaran hutan dan tanah gambut yang boleh memudaratkan sistem pernafasan serta memudaratkan kumpulan paling berisiko.
Media antarabangsa pada 15 Oktober lalu melaporkan lebih 283,000 kes gangguan pernafasan di tujuh wilayah Indonesia sejak 13 Oktober. Jerebu turut mengganggu kehidupan harian apabila sekolah ditutup dan penerbangan terjejas.
Bagi Malaysia, khususnya Sarawak yang berjongsi pulau Borneo dengan Indonesia, jerebu bukan ancaman asing. Asap boleh merentasi sempadan dan mendedahkan penduduk yang tidak terlibat dalam pembakaran kepada risiko kesihatan, selain meningkatkan kos kesihatan awam serta mengganggu ekonomi dan kehidupan harian.
Jerebu tidak boleh dianggap selesei sebab sahaja hujan turun kerana hutan dan habitat yang musnah memerlukan masa untuk pulih. Indonesia dilaporkan mengerahkah puluhan ribu anggota dan pesawat serta melaksanakan pembenihan awan, namun usaha kecemasan sahaja tidak mencukupi untuk menangani masalah berulang.
Pengegahan memerlukan penguatkuasaan undang-undang terhadap pembakaran terbuka, perlindungan tanah gambut, pemulihan hutan dan pemantauan kawasan berisiko. Syarikat yang terbukti melanggar undang-undang dalam aktiviti pembukaan tanah juga perlu dikenakan tindakan tanpa mengira saiz atau pengaruh, kerana pembangunan ekonomi tidak boleh mengatasi kemelestarian penduduk dan kelangsungan biodiversiti.
Pada peringkat serantau, ASEAN perlu memperkukuh perkongsian maklumat titik panas, bantuan teknikal dan penyelarasan operasi pemadaman. Bantuan rentas sempadan wajar dilihat sebagai tanggungjawab bersama, bukannya campur tangan terhadap kedaulatan negara, apabila kesan kebakaran turut menjejaskan negara jiran.
Pemeliharaan hutan tropika penting untuk melindungi kehidupan masyarakat setempat, spesies terancam dan keseimbangan ekosistem. Setiap negara mempunyai kepentingan untuk memastikan khazanah alam ini terus terpelihara.
Justeru, kisah Ira memperlihatkan harga yang harus dibayar hidup liar apabila habitat mereka musnah. Penyelamatan hewan wajar diraikan, tetapi kejayaan sebenar ialah apabila orang utan dapat hidup dengan selamat di habitat semula jadi tanpa terpaksa melarikan diri daripada kebakaran atau untuk mencari makanan.
Kisah Ira memperlihatkan harga yang harus dibayar hidup liar apabila habitat mereka musnah. Penyelamatan hewan wajar diraikan, tetapi kejayaan sebenar ialah apabila orang utan dapat hidup dengan selamat di habitat semula jadi tanpa terpaksa melarikan diri daripada kebakaran atau untuk mencari makanan.



