ARTIKEL

Pasukan kecemasan bertugas ketika kebakaran hutan berlaku di Almeria, Sepanyol, dalam tangkap layar yang diambil daripada video edaran yang dikeluarkan pada 10 Julai 2026. @Plan_INFOCA menerusi X/Edaran menerusi REUTERS. | Gambar Fail

Api semakin marak di Ontario

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Kebakaran hutan yang melanda barat laut Ontario, Kanada, sejak beberapa hari kebelakangan ini telah menyebabkan kabut teruk dan kemerosotan mendadak kualiti udara di beberapa wilayah, termasuk Ottawa, ibu negara itu dan Toronto, bandar terbesar Kanada, lapor Xinhua.

Pada pagi Rabu, indeks kualiti udara Toronto menduduki tempat paling teruk dalam kalangan bandar raya global utama.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Environment Canada, Indeks Kesihatan Kualiti Udara Toronto diklasifikasikan sebagai “berisiko sangat tinggi”.

Ottawa turut mengeluarkan amaran kualiti udara kerana gabungan asap kebakaran dan cuaca lembap, dengan kelembapan tinggi memerangkap zarah asap di udara dan menjadikan langit menjadi kuning.

Pada masa ini, lebih 100 kebakaran masih aktif di barat laut Ontario, memaksa pemindahan kecemasan penduduk dari beberapa komuniti.

CN juga telah mengumumkan penggantungan sementara operasi kereta api di wilayah terjejas.-Bernama-Xinhua

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Perintah Sarawak melanja sekula anak

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg datai bejadi Pengawa Nyua Pemer i Perintah Sarawak ngagai waris staf Servis L utur