PUTRAJAYA: Warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) diminta sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang fasa Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan hingga September ini.
Ketua Pesuruhjaya APM, Mohammad Abiddin Abd Rahman berkata anggota perlu bertindak secara adaptif dan proaktif dengan memanfaatkan latihan serta pengalaman bagi memastikan respons pantas ketika berlaku kecemasan atau bencana.
Beliau berkata pelbagai langkah persediaan telah dilakukan termasuk latihan kepada anggota dan komuniti setempat bagi mengurangkan risiko terhadap nyawa serta harta benda sepanjang musim berkenaan.
Menurut Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia), Monsun Barat Daya yang bermula 14 Mei lazimnya membawa taburan hujan lebih rendah dan tempoh cuaca kering yang lebih panjang di kebanyakan kawasan negara.
Mohammad Abiddin turut mengingatkan warga APM supaya terus meningkatkan kemahiran, pengetahuan, integriti dan semangat kerja berpasukan dalam memastikan pasukan itu kekal menjadi tonggak ketahanan negara yang diyakini rakyat seperti dilapor BERNAMA.



