SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

APM hantar pesakit terlantar ke hospital Sarikei

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Pasukan APM membantu mengangkat pesakit untuk menerima rawatan susulan di Hospital Sarikei.

SARIKEI: Tugas dan peranan Angkatan Pertahanan Awam (APM) hari ini dilihat semakin mencabar sekali gus menuntut anggotanya untuk sentiasa bersiap sedia.

Malah tanggungjawab anggota APM tidak hanya ketika kecemasan, menangkap dan memusnahkan sarang haiwan berbisa, tetapi hakikatnya peranan mereka merangkumi pelbagai jenis tugas.

Antaranya menyelamatkan pesakit terlantar seperti dalam satu operasi khas yang dijalankan di sini, malam tadi.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei Leftenan Pertahanan Awam (PA) Shahrol Azizi Zaidi, pesakit berusia 48 tahun itu, dilaporkan dalam keadaan lemah dan tidak dapat bergerak. 

“Kita menerima panggilan kejadian ini kira-kira jam 9.40 malam sebelum mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi.

“Lelaki itu kemudiannya diangkat ke atas pengusung sebelum dikejarkan ke hospital dengan kenderaan APM untuk rawatan lanjut,” katanya.

Operasi berakhir pada jam 10.01 malam.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru