ARTIKEL

APM Sarawak sedia 2,666 anggota, 116  bot hadapi banjir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sarawak telah bersiap sedia dalam pelbagai aspek termasuk membekukan cuti pegawai dan anggotanya untuk menghadapi bencana banjir dalam tempoh Monsun Timur Laut (MTL).
 
Menurut pengarahnya, Mohtar Samat, seramai 2,666 anggota dengan pelbagai aset di seluruh 22 daerah di negeri ini siap siaga untuk menghadapi bencana itu terutama di kawasan yang kerap berlaku banjir.
 
“Selain itu, kita telah menyediakan sejumlah 116 buah bot pelbagai saiz dan 16 ambulans pacuan empat roda untuk digerakkan dan guna pakai apabila berlaku bencana khususnya banjir kelak.
 
“Di samping itu sebagai persediaan awal, ada beberapa buah bot diletakkan di peringkat komuniti seperti di Selangau dan Marudi kerana ia merupakan antara kawasan kerap berlaku banjir. Kerjasama ini melibatkan masyarakat tempatan,” katanya.
 
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Latihan Persiapan MTL 2023/2024 APM Negeri Sarawak di Tebingan Sungai Rantau Panjang, Batu Kawa, hari ini.

Ujarnya, bagi kawasan kerap banjir, pihaknya sudah mengaktifkan anggota untuk bertugas 24 jam sehari bagi memberikan laporan awal dan mengambil tindakan dengan lebih cepat.
 
Mengulas mengenai pembekuan cuti, beliau memberitahu arahan sudah dikeluarkan untuk semua pegawai dan anggotanya tidak mengambil cuti menjelang musim MTL.

Tambahnya, persediaan tersebut juga melibatkan masyarakat kampung dan wakil rakyat untuk mereka melakukan persiapan awal dan bersedia untuk berpindah apabila berlaku bencana.
 
“Kita tidak mahu apabila sudah berlaku banjir, barulah masyarakat melakukan persiapan untuk berpindah. Sebab itulah sesi latihan seperti hari ini juga melibatkan komuniti kampung supaya mereka tahu apa yang perlu dilakukan dan siap siaga untuk berpindah sekiranya berlaku banjir,” tegasnya.

Sekitar sesi latihan APM Sarawak, persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut

LAIN-LAIN BERITA

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais

IPD Kuching akan perkenal platform e-aduan

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan memperkenalkan platform e-aduan untuk memudahkan masyarakat menyampaikan aduan jenayah secara dalam talian kepada pihaknya. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais