BINTULU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bahagian Bintulu berjaya menangkap seekor ular rusuk kerbau di sebuah kediaman di Kampung Penan Muslim, di sini, petang tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Bahagian Bintulu, Kapt(PA) Mohd Johari Mohd Taufik berkata, lima anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 2.32 petang.

“Kejadian disedari seorang penghuni kediaman yang terkejut melihat seekor ular rusuk kerbau di bawah tong biru yang terletak di bahagian belakang kediaman terbabit.
“Anggota APM berjaya menangkap ular dengan panjang tiga meter setengah itu dengan menggunakan peralatan khas,” katanya.

