ARTIKEL

Aqib X Kampung Boy FC, Delisha FC, Dayang Noorazah Awang Sohor, Lingga
Pasukan Aqib X Kampung Boy FC meraikan kemenangan setelah dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak sempena Karnival Belia DUN Lingga 2024.

Aqib X Kampung Boy FC juara Kejohanan Bola Sepak Karnival DUN Lingga 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LINGGA: Pasukan Aqib X Kampung Boy FC dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Karnival Belia Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga 2024.

Jaringan satu gol ke atas Delisha FC melayakkan Aqib X Kampung Boy FC untuk menerima hadiah utama RM2,500 berserta piala dan medal.

Naib juara kejohanan, pasukan Delisha FC.

Delisha FC, yang akur dengan kekalahan tipis itu, bagaimanapun tidak pulang dengan tangan kosong apabila mereka mendapat hadiah RM1,500 selaku naib juara.

Tempat ketiga bersama disandang oleh Datus United dan Battosai X Fuhai.

Kedua-dua pasukan menerima hadiah RM500.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Ahli DUN Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor.

Secara keseluruhan, lapan pasukan dari kawasan Sri Aman dan Lingga mengambil bahagian.

Terdahulu, Dayang diberi penghormatan untuk menyempurnakan acara simbolik sepak mula di padang Kompleks Sukan Sri Aman.

Dayang menzahirkan ucapan syabas kepada para pemenang dan semua pasukan yang menyertai kejohanan bola sepak sempena Karnival Belia DUN Lingga 2024.

BERITA LAIN

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)

BERITA TERBARU