ARTIKEL

Arab Saudi kenakan denda SAR50,000 jika langgar tempoh visa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

RIYADH: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi memberi amaran, pegawai dagang yang gagal meninggalkan negara itu selepas tempoh visa mereka tamat boleh dikenakan denda sehingga SAR50,000, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Menurut kementerian itu, pesalah juga boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan serta dihantar pulang ke negara asal.

Kementerian turut menekankan kepentingan untuk mematuhi garis panduan serta arahan rasmi berkaitan ibadah Haji dan Umrah di negara itu. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU