ARTIKEL

FOTO FAIL: Logo Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan bendera Amerika Syarikat kelihatan dalam ilustrasi ini yang diambil pada 23 April 2025. REUTERS/Dado Ruvic/Ilustrasi/Foto Fail

Argentina Rasmi Tarik Diri Daripada WHO

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BUENOS AIRES: Argentina secara rasmi menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa, kata Menteri Luar Pablo Quirno.

Beliau berkata dalam hantaran di media sosial bahawa Argentina memaklumkan keputusan itu menerusi satu nota yang dihantar kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 17 Mac 2025.

Selaras dengan Konvensyen Vienna mengenai Undang-Undang Perjanjian, penarikan diri itu berkuat kuasa setahun selepas notifikasi berkenaan.

“Negara kami akan terus menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam bidang kesihatan menerusi perjanjian dua hala dan forum serantau, sambil memelihara sepenuhnya kedaulatan serta keupayaan untuk membuat keputusan berkaitan dasar kesihatan,” kata Quirno.

Kerajaan Argentina mengumumkan keputusan untuk menarik diri daripada badan kesihatan global itu pada Februari tahun lalu.

Jurucakap Presiden Manuel Adorni berkata dalam satu sidang media ketika itu bahawa Presiden Javier Milei telah mengarahkan menteri luar Argentina untuk menarik penyertaan negara itu daripada agensi khusus PBB berkenaan.

Jurucakap itu berkata keputusan berkenaan “memberikan negara fleksibiliti yang lebih besar untuk melaksanakan dasar yang disesuaikan dengan konteks dan kepentingan yang diperlukan Argentina, selain meningkatkan ketersediaan sumber, serta mengukuhkan hala tuju ke arah negara berdaulat termasuk dalam hal ehwal kesihatan.”

— BERNAMA-XINHUA

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Perintah Sarawak melanja sekula anak

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg datai bejadi Pengawa Nyua Pemer i Perintah Sarawak ngagai waris staf Servis L utur

XPDC Bario 375km meri pengelantang

KUCHING: Pengeransing Sapit Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ngabas jalai menua ulu nengah XPDC 1.0 Bario ba taun 2025 dipuji komuniti Kenyah enggau