ARTIKEL

Dayang Noorazah ketika menyampaikan ucapan perbahasan bagi menyokong RUU Perpustakaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2026 pada Persidangan DUN Sarawak Ke-19, di sini, hari ini. | Foto: JAPEN

Arkib peringatan perlu diperluas ke seluruh negeri


Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perpustakaan Negeri Sarawak digesa mengambil langkah proaktif untuk memperluas pelaksanaan arkib peringatan ke seluruh negeri dan tidak hanya tertumpu di kawasan bandar Kuching.

ADUN Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, usaha tersebut penting kerana Rang Undang-Undang (RUU) Perpustakaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2026 akan memperkukuh keupayaan negeri dalam memelihara dan mengurus arkib sejarahnya.

Katanya, perpustakaan juga perlu menubuhkan jawatankuasa penasihat yang terdiri daripada ahli sejarah dan wakil masyarakat bagi membimbing pelaksanaan arkib peringatan.

“Kerjasama dengan sekolah, Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat (KMKK) juga penting untuk merekodkan sejarah lisan semasa, selagi individu yang mengalami dan menyaksikan peristiwa tersebut masih hidup.

“Usaha tersebut juga termasuk memperluas pelaksanaan arkib peringatan ke bahagian lain di Sarawak, bukan hanya tertumpu di Kuching,” katanya ketika menyampaikan ucapan perbahasan bagi menyokong RUU Perpustakaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2026 pada Persidangan DUN Sarawak Ke-19, di sini, hari ini.

Beliau juga menyambut baik penubuhan arkib peringatan yang memainkan peranan penting dalam memperingati tokoh, peristiwa penting dan bekas pemimpin yang telah membentuk negeri ini.

Menurutnya, arkib awam menyimpan rekod rasmi, manakala arkib peringatan memelihara kisah kehidupan masyarakat.

“Di Sri Aman, kisah tersebut merangkumi Fort Alice dan perjanjian damai 1973 yang memberikan nama kepada bandar kita. Di seluruh Sarawak, sejarah ini hidup dalam rumah panjang, koleksi keluarga dan ingatan golongan warga emas.

“Setiap tahun, sebahagian daripada ingatan tersebut turut hilang apabila mereka meninggal dunia,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan isu arkib yang dipindahkan (Migrated Archives) sebagai satu pengajaran penting.

“Apabila rekod kita berada di tangan pihak lain, sebahagian daripada sejarah kita telah hilang.

“Inilah sebabnya RUU berkenaan penting kerana ia dapat memastikan sejarah dan ingatan kolektif Sarawak dipelihara oleh Sarawak, ditadbir oleh Sarawak dan dipertanggungjawabkan kepada Dewan ini,” tegasnya.

Beliau memberitahu, RUU berkenaan juga memberikan Perpustakaan Negeri Sarawak kepimpinan yang lebih jelas, mandat yang lebih luas dan kerangka yang bersedia menghadapi masa depan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU