ARTIKEL

DATUK SERI WONG SOON KOH | Foto: JAPEN

Arkib peringatan Sarawak perlu rangkumi sejarah semua komuniti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Arkib peringatan yang dicadangkan menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Perpustakaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2026 perlu merangkumi sejarah, tradisi dan pengalaman masyarakat dari seluruh negeri, termasuk komuniti luar bandar dan pedalaman.

ADUN Bawang Assan, Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, langkah itu penting bagi memastikan warisan pelbagai komuniti di Sarawak didokumentasikan dan dipelihara untuk tatapan generasi akan datang.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan menetapkan kriteria yang jelas dan telus dalam pemilihan serta pemeliharaan bahan sejarah bagi memastikan arkib peringatan berkenaan mencerminkan kepelbagaian latar belakang masyarakat di negeri ini.

Beliau menyambut baik peruntukan baharu yang secara jelas memasukkan arkib peringatan sebagai sebahagian daripada fungsi Perpustakaan Negeri Sarawak.

“Sarawak mempunyai sejarah yang kaya dan pelbagai.

“Pembangunan negeri ini dibentuk oleh masyarakat peribumi, perintis masyarakat Cina, masyarakat Melayu dan Melanau, organisasi keagamaan, golongan pendidik, penjawat awam, pemimpin perniagaan serta ramai lagi individu yang menyumbang kepada kemajuan negeri.

“Sumbangan mereka wajar didokumentasikan dan dipelihara untuk generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan RUU Perpustakaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2026 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Menurut Soon Koh, rekod sejarah tidak seharusnya hanya tertumpu kepada pencapaian tokoh terkenal, sebaliknya perlu turut merangkumi pengalaman rakyat biasa, perkembangan masyarakat luar bandar, pertumbuhan institusi pendidikan dan transformasi ekonomi negeri.

Katanya, sejarah Sarawak merupakan warisan bersama seluruh rakyat yang perlu dipelihara secara menyeluruh, profesional dan adil.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU