ARTIKEL

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima pada Program Sentuhan Kasih Rakyat di Dataran Tomborungos Kudat.

Armizan: Program empat dalam satu dekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUDAT: Program Sentuhan Kasih Rakyat di DUN Tanjong Kapor menghimpunkan 34 agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri di bawah inisiatif Perkhidmatan Komuniti Bergerak (MCS) supaya penduduk luar bandar dan pedalaman tidak tercicir daripada perkhidmatan kerajaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali menyatakan pusat sehenti berkonsepkan “empat dalam satu” itu memudahkan urusan harian penduduk dan menyelesaikan kekangan logistik untuk urusan rasmi.

Beliau memaklumkan orang ramai mula membanjiri tapak program seawal 8 pagi, walaupun kaunter perkhidmatan dijadualkan dibuka pada 11 pagi.

Antara tumpuan pengunjung ialah kaunter Jabatan Tanah dan Ukur (JTU NIC) yang menyemak dan mengemas kini kesilapan nama serta nombor kad pengenalan pada geran tanah secara percuma dalam tempoh maksimum sejam, selain pengesahan dokumen percuma oleh sukarelawan Jaksa Pendamai menerusi Majlis Jaksa Pendamai Sabah (MAJAPS).

Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) pula mengemas kini profil penerima Program Syukur, yang menurut data kerajaan negeri melibatkan 14,001 Ketua Isi Rumah di Parlimen Kudat menerima RM200 sebulan, manakala Armizan berharap model ini diperluas ke DUN luar bandar dan pedalaman lain di Sabah seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Konsert solo Hijjaz di Istana Budaya habis terjual

KUALA LUMPUR: Kumpulan nasyid legenda, Hijjaz mengubati kerinduan peminat selepas hampir tiga dekad bertapak dalam industri seni menerusi penganjuran konsert solo, Hijjaz 3 Dekad: Rindu