ARTIKEL

Konsert solo Hijjaz di Istana Budaya habis terjual

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kumpulan nasyid legenda, Hijjaz mengubati kerinduan peminat selepas hampir tiga dekad bertapak dalam industri seni menerusi penganjuran konsert solo, Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah bersama-sama Orkestra Simfoni Kebangsaan di Istana Budaya.

Konsert dua hari dengan jualan tiket yang habis terjual itu membuktikan pesona kumpulan berkenaan yang dianggotai Munif Ahmad, Isman Nadim Isam, Mohd Faizal Osmal dan Muhammad Ariffin Ahmad Rahim masih utuh merentas generasi sejak penubuhannya pada 1997.

Membuka tirai persembahan menerusi lagu ikonik seperti Asmaul Husna dan Bismillah, ahli kumpulan berkenaan turut menzahirkan rasa syukur serta penghargaan mendalam kepada peminat yang terus setia menyokong perjalanan seni mereka sepanjang 30 tahun lalu.

Suasana konsert kemudian bertukar syahdu apabila Hijjaz mendendangkan lagu Kau Sahabat Kau Teman bagi memperingati pemergian bekas anggota kumpulan itu, Allahyarham Mohd Salleh Ramli yang meninggal dunia pada Februari 2001, selain turut menampilkan persembahan kumpulan Aeman, Mestica, UNIC, In-Team dan generasi pelapis, Hijjaz Junior seperti dilapor Bernama.

Melengkapkan malam penuh bermakna itu, Hijjaz turut memperdengarkan single terbaharu berjudul Akhir Bersamamu sebelum melabuhkan tirai persembahan dengan dendangan lagu malar segar yang melonjakkan nama mereka dalam industri muzik tanah air, Sumayyah.

BERITA LAIN

Insomniacks lancar album studio

SELEPAS lebih sedekad membina nama dalam industri muzik tempatan, kumpulan pop rock Malaysia, Insomniacks, bakal melakar satu lagi pencapaian menerusi pelancaran album studio sulung mereka,

Khir Rahman kembali ke pentas teater Istana Budaya

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah tersohor, Khir Rahman kembali beraksi di pentas teater selepas hampir sedekad menerusi pementasan Teater Muzikal Kanak-Kanak Pengembaraan Sang Kancil di

BERITA TERBARU

Bungan Creative Marit pengangkun rebak biak

• TUSUN DUA PENELEBA Bungan Creative ngatur woksyop pemun engkau Ekspo Kereban Muzik Lutong 2026 mandangka baka ni inisiatif komuniti lebuh disukung institusyen seni sereta

RM20 juta ngadu sekula mission

KUCHING: Agih belanja RM30 juta ungkup sekula mission Sarawak taun tu ukai semina ngaduka infrastruktur aja, tang RM10 juta ari agih nya dikena ngangkatka penyulut