ARTIKEL

JUARA KESELURUHAN: Pasukan Muay Thai Kenyalang merakam gambar kenangan bersama piala pusingan tersebut. Foto: Mohd. Amir Syukry

Muay Thai Kenyalang pertahan kejuaraan, raih 20 pingat emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Reputasi hebat pasukan Muay Thai Kenyalang nyata sukar ditandingi apabila dinobatkan juara keseluruhan pada Kejohanan Muay Thai Piala Premier Sarawak Edisi Ke-10 2026.

Pasukan itu menutup pentas saingan berprestij tersebut malam tadi dengan cemerlang apabila meraih 20 pingat emas.

Mereka mengatasi dua pencabar terdekat, iaitu Sting Muay Thai Club yang menjadi naib juara dengan 10 pingat emas.

Sementara itu, jaguh dari utara, Lion Muay Thai Miri, menduduki tempat ketiga dengan lapan pingat emas.

Ia menjadi kejuaraan kedua berturut-turut (2025 dan 2026) buat kem kendalian jurulatih berpengalaman luas, Iswandy Bolhassan.

Kejayaan itu meletakkan kredibiliti kelab yang berpangkalan di Kuching itu di kelas tersendiri ketika ini.

Jumaat Ibrahim (kanan) menyerahkan piala pusingan kepada Iswandy Bolhassan (kiri) pada majlis tersebut. Foto: Mohd. Amir Syukry

“Syabas dan tahniah kepada semua atlet yang berjaya memastikan Muay Thai Kenyalang sekali lagi bergelar juara keseluruhan.

“Usaha gigih selama ini dan disiplin yang tinggi para atlet semua antara penyumbang kejayaan ini,” ujar Iswandy kepada Arena Suara Sarawak.

Kejohanan Muay Thai Piala Premier Sarawak Edisi Ke-10 2026 dianjurkan oleh PMNS dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP), Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Naim Street Mall Paragon, Bintulu serta rakan strategik lain.

Hampir 300 atlet Muay tempatan dan luar negara berentap pada saingan kali ini yang menyaksikan pembabitan 29 kelab dari enam negeri dan lapan negara.

Negeri yang terbabit ialah tuan rumah Sarawak, Sabah, Terengganu, Selangor, Pahang dan Johor.

Penyertaan antarabangsa pula datang dari Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura, Yaman, Iran, Sepanyol, Colombia dan Syria yang membariskan atlet Muay Thai ternama.

Selain menyajikan pertembungan sengit membabitkan pelbagai kategori amatur hingga profesional, edisi kali ini turut diwarnai pelbagai acara sampingan seperti persembahan seni bela diri berupa pertunjukan silat membabitkan pelbagai kelab tempatan yang menghimpunkan 130 peserta.

Ia turut merangkumi pertandingan dart, melastik dan e-sukan yang menghimpunkan 400 peserta secara keseluruhan.

BERITA LAIN

Tingkatkan pendapatan rakyat Sarawak

KUCHING: Status Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi perlu diterjemahkan kepada peningkatan pendapatan isi rumah supaya kemajuan ekonomi yang dicapai turut membawa perubahan nyata kepada kehidupan

BERITA TERBARU

Konsert solo Hijjaz di Istana Budaya habis terjual

KUALA LUMPUR: Kumpulan nasyid legenda, Hijjaz mengubati kerinduan peminat selepas hampir tiga dekad bertapak dalam industri seni menerusi penganjuran konsert solo, Hijjaz 3 Dekad: Rindu

Bungan Creative Marit pengangkun rebak biak

• TUSUN DUA PENELEBA Bungan Creative ngatur woksyop pemun engkau Ekspo Kereban Muzik Lutong 2026 mandangka baka ni inisiatif komuniti lebuh disukung institusyen seni sereta