ARTIKEL

AS Akan Jual Minyak Venezuela “Bagi Tempoh Tidak Pasti” – Setiausaha Tenaga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Setiausaha Tenaga Amerika Syarikat (AS) Chris Wright pada Rabu berkata Washington perlu mengawal penjualan minyak Venezuela bagi membawa perubahan yang ingin dilihat di negara itu, sambil menegaskan bahawa AS akan menjual minyak Venezuela “bagi tempoh masa yang tidak pasti”, lapor Anadolu Ajansi.


“Kami akan memasarkan minyak mentah yang dikeluarkan dari Venezuela, pertama sekali minyak yang tersimpan dan tidak bergerak itu, dan kemudian bagi tempoh masa yang tidak pasti, kami akan menjual pengeluaran yang datang dari Venezuela ke pasaran,” kata Wright pada Persidangan Tenaga, Teknologi Bersih & Utiliti anjuran Goldman Sachs di Miami.


Beliau berkata hasil daripada jualan itu akan “didepositkan ke dalam akaun yang dikawal oleh kerajaan AS” dan seterusnya “disalurkan kembali ke Venezuela untuk manfaat rakyat Venezuela.”


“Daripada minyak itu disekat seperti yang berlaku sekarang, kami akan membenarkan minyak itu mengalir… ke kilang penapisan di Amerika Syarikat dan ke seluruh dunia bagi meningkatkan bekalan minyak, tetapi jualan itu akan dilakukan oleh kerajaan AS,” katanya.


Wright menjelaskan bahawa apabila terdapat kemajuan dengan kerajaan Venezuela, AS akan membolehkan alat ganti, peralatan dan perkhidmatan yang diperlukan diimport bagi mengelakkan keruntuhan industri minyak dan menstabilkan pengeluaran, selepas itu output dijangka meningkat semula secepat mungkin.


Beliau menegaskan bahawa bagi jangka panjang, AS akan mewujudkan keadaan yang diperlukan untuk syarikat-syarikat besar Amerika, yang pernah beroperasi atau ingin kembali beroperasi di negara itu, memasuki pasaran berkenaan.


Wright menambah bahawa Venezuela mampu mencapai pengeluaran tambahan sebanyak beberapa ratus ribu tong sehari dalam tempoh jangka pendek hingga sederhana.


Presiden AS Donald Trump pada Selasa mengumumkan bahawa syarikat-syarikat Amerika akan terlibat dalam industri minyak Venezuela susulan campur tangan ketenteraan di negara itu.
— BERNAMA-ANADOLU

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU