ARTIKEL

AS bertegas tolak kembalikan Patung Liberty

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Rumah Putih pada Isnin menolak permintaan ahli politik Perancis untuk mengembalikan Patung Liberty ke Perancis, lapor Xinhua.

“Sudah pasti tidak,” kata Setiausaha akhbar White House Karoline Leavitt memberitahu taklimat akhbar yang disiarkan di televisyen, sebagai tindak balas kepada permintaan ahli Parlimen Eropah Perancis Raphael Glucksmann.

“Nasihat saya kepada ahli politik Perancis yang tidak dinamakan itu adalah untuk mengingatkan mereka bahawa atas bantuan Amerika Syarikat, Perancis tidak bercakap Jerman sekarang,” kata Leavitt, seolah-olah merujuk kepada pakatan Amerika-Perancis ketika Perang Dunia II menentang Nazi Jerman.

Glucksmann pada Ahad berkata, beliau tidak fikir bahawa AS mewakili nilai-nilai Patung Liberty lagi dan menggesa ia dikembalikan ke Perancis.

Patung itu diumumkan secara rasmi pada 28 Oktober 1886, di New York, dihadiahkan kepada Amerika sebagai simbol kebebasan, inspirasi, dan harapan, menurut laman rasmi monumen itu.

Patung itu, yang terletak di Pelabuhan New York, kemudiannya dilihat sebagai simbol sambutan oleh pendatang yang tiba melalui laut. Hari ini, ia adalah antara destinasi pelancongan utama di bandar raya New York. – Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha