ARTIKEL

AS berurusan terus dengan Lubnan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio pada Selasa berkata, Washington akan berunding dan berurusan secara langsung dengan Beirut, sambil menegaskan bahawa rundingan Lubnan-Israel adalah berasingan daripada memorandum persefahaman berkenaan, lapor Anadolu Ajansi.

“Proses itu berasingan. Ia berasingan kerana Lubnan ialah sebuah negara berdaulat. Ia mempunyai kerajaan sendiri, dan apabila melibatkan Lubnan … kami akan berunding serta berurusan secara langsung dengan kerajaan Lubnan,” kata Rubio kepada pemberita selepas tiba di Abu Dhabi.

Rubio sedang mengadakan lawatan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait dan Bahrain dari 23 hingga 25 Jun bagi membincangkan keselamatan serantau susulan memorandum persefahaman yang dicapai antara AS dan Iran.

“Saya telah bercakap dengan Presiden (Joseph) Aoun bersama Naib Presiden beberapa ketika tadi, dan saya juga bercakap dengannya pada Jumaat. Wakil mereka kini berada di lapangan dan terlibat secara langsung,” katanya.

Beliau berkata isu “Iran berkaitan Lubnan” ialah “sokongan dan penajaan terhadap Hizbullah”, yang akan dibincangkan “sebagai sebahagian daripada perbincangan kami dengan Iran”.

“Namun, sejauh mana masa depan Lubnan menjadi perhatian, masa depan negara itu terletak di tangan rakyat Lubnan menerusi kerajaan berdaulat yang mereka pilih, dan dengan kerajaan itulah kami akan bekerjasama,” tambahnya.

Rubio turut berkata Iran tidak akan dibenarkan mengenakan tol di Selat Hormuz sebagai sebahagian daripada sebarang perjanjian muktamad dengan AS, sambil menyatakan bahawa pengaturan sedemikian bertentangan dengan undangundang antarabangsa.

“Ia merupakan laluan air antarabangsa. Tiada negara dibenarkan mengenakan tol atau bayaran di laluan air antarabangsa. Itulah undangundang antarabangsa yang sedia ada.

Begitulah keadaannya bagi laluan air antarabangsa di seluruh dunia, dan itulah yang kami jangkakan akan terpakai di sini,” katanya.

Beliau turut berkata bahawa “penamatan sepenuhnya permusuhan di seluruh rantau ini” tidak akan dapat dicapai selagi “proksi Iran masih melancarkan peluru berpandu dan dron”, sambil menambah bahawa perkara itu akan dimasukkan dalam rundingan. – Bernama-Anadolu

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU