ARTIKEL

AS bunuh pemimpin kumpulan Al-Qaeda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Presiden Donald Trump berkata Amerika Syarikat berjaya membunuh Qassim al-Raymi, pemimpin kumpulan Al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) ketika operasi antipengganas di Yaman.

Di bawah pemerintahan Raymi, AQAP melakukan kekerasan terhadap orang awam di Yaman serta cuba melakukan pelbagai serangan ke atas Amerika Syarikat dan pasukan kami, kata Trump dalam satu kenyataan.

“Kematiannya akan melumpuhkan pergerakan AQAP dan pergerakan Al-Qaeda secara global dan ini membawa kita lebih dekat menghapuskan ancaman kumpulan yang menjejaskan keselamatan negara,” kata presiden itu.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bila Raymi terbunuh. Amerika Syarikat menganggap AQAP merupakan salah satu cabang paling dahsyat dalam rangkaian Al-Qaeda yang diasaskan oleh Osama bin Laden.

Laporan di Yaman mengatakan pada harihari terakhir, Raymi terbunuh dalam serangan dron di Marib. Bagaimanapun Reuters tidak dapat mengesahkan laporan tersebut. Seorang pegawai Kerajaan Yaman memberitahu Reuters terdapat serangan dron di Marib namun bukan Raymi yang terkorban.

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,