ARTIKEL

AS disaran bertindak sehaluan dengan China

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: Amerika Syarikat (AS)  diharap bertindak sehaluan dengan China bagi memastikan perkembangan hubungan dua hala yang sihat serta stabil berdasarkan prinsip hormat-menghormati dan tanpa konfrontasi untuk manfaat bersama.

Harapan itu disuarakan Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Yang Jiechi ketika perbualan telefon dengan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken pada Sabtu.

Di samping itu AS juga digesa memainkan peranan konstruktif dalam memelihara kedamaian dan kestabilan di rantau Asia Pasifik.

Beliau turut mengulangi pendirian China mengenai situasi semasa Myanmar, dan menegaskan perlunya masyarakat antarabangsa menyediakan persekitaran luaran yang baik untuk penyelesaian masalah berkenaan.

Sementara itu Antony Blinken  berkata hubungan AS-China amat signifikan bagi kedua-dua negara, bahkan dunia.

AS bersedia memperluaskan hubungan yang mampan dan bersifat membina dengan China.

Beliau turut menegaskan bahawa AS akan terus berpegang pada prinsip satu China.

 

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU