ARTIKEL

Foto: Bernama

AS tetap bantah rancangan Israel serang Rafah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) pada Isnin menyatakan pihaknya tetap menentang serangan Israel ke atas Rafah di selatan Gaza walaupun Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sudah menetapkan tarikhnya.

Pentadbiran Presiden AS Joe Biden berulang kali meminta Israel mengemukakan rancangan melindungi orang awam di Rafah, tempat sekitar 1.5 juta rakyat Palestin melarikan diri dari perang sepanjang tempoh enam bulan.

Memetik AFP, jurucakap Jabatan Negara AS Matthew Miller berkata, pihaknya menjelaskan kepada Israel bahawa pencerobohan tentera berskala besar ke atas Rafah memberi kesan sangat buruk kepada orang awam dan akhirnya akan membahayakan keselamatan Israel.

Biden minggu lalu memberi amaran, sokongan AS ke atas Israel akan terancam jika Israel tidak menangani masalah kemanusiaan selepas membunuh tujuh pekerja bantuan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU